Brendan Gan Sertai KL City?
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan kini dilaporkan telah menerima dua tawaran daripada kelab Liga Super.

Brendan Gan masih berstatus ejen bebas sejak meninggalkan Selangor pada awal Februari lalu dan masih belum memutuskan tentang destinasi beliau yang seterusnya.

Menurut wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran, terdapat dua kelab Liga Super yang menawarkan kontrak kepada Brendan Gan ketika ini.

Advertisements

Naib juara Piala FA 2023, KL City antara kelab yang bersedia membawa masuk pemain tengah berusia 36 tahun itu bagi saingan musim 2024/25.

Sebuah lagi kelab yang berpangkalan di Pantai Timur turut membuat tawaran kepada Brendan Gan dalam usaha memperkuatkan jentera tengah pasukan.

Sri Pahang yang sedang serius membina pasukan terbaik bagi menjalani musim hadapan antara kelab yang disebut mahu mendapatkan khidmat Brendan Gan itu.

Advertisements

Namun ketika ini Brendan Gan masih belum mengumumkan tentang kelab yang akan disertainya kerana mahu menumpukan perhatian terhadap persiapan skuad kebangsaan menentang Oman dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Jodoh Brendan Gan bersama Selangor hanya berkekalan selama 4 tahun dan pencapaian terbaik beliau di Selangor adalah membantu kelab menamatkan saingan liga ditangga kedua pada musim lalu untuk meraih slot ke pentas Asia.

Brendan Gan turut menampilkan aksi cemerlang disebalik usia 36 tahun sewaktu Malaysia berjaya mengikat Korea Selatan tempoh hari dalam aksi Piala Asia 2023 di Qatar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram