Brunei Destinasi Baharu Risto Vidakovic?
MakanBola
Kuala Lumpur City FC

Jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Risto Vidakovic dilaporkan bakal membimbing pasukan baharu pada musim hadapan.

Ini kerana wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran melaporkan khidmat jurulatih Serbia itu kini diintai DPMM FC untuk musim 2026/27.

“Risto Vidakovic mungkin bakal beralih arah dengan Brunei (DPMM) sebagai destinasi baru. Beliau membimbing Kuala Lumpur musim ini,” katanya di X.

Antara sebab Vidakovic menjadi sasaran DPMM ialah tugas cemerlang beliau sepanjang bersama The City Boys musim ini. Selain merekodkan kedudukan keempat dalam liga, KL City turut merekodkan kutipan mata tertinggi sejak musim 2021 dengan 43 mata.

Justeru, tidak hairanlah DPMM melihat Vidakovic sebagai calon berpotensi untuk membantu pasukan itu mencabar kelompok enam pasukan teratas liga musim hadapan.

Selain itu, beliau juga berpeluang kembali bekerjasama dengan beberapa pemain KL City jika memilih menyertai kelab Brunei itu.

Ini kerana DPMM dilaporkan telah mengintai khidmat beberapa pemain pasukan itu musim ini sebagai sasaran perpindahan. Antaranya Safawi Rasid, Ryan Lambert dan Declan Lambert.