Advertisements
Budaya Merokok & Vape Di Stadium Menggusarkan
Dunia
MakanBola
Kelantan FC

Budaya merokok dan juga rokok elektronik atau vape dalam kawasan stadium nyata telah memberi pelbagai respon oleh para penyokong yang berada di stadium.

Kehangatan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak sudah menjadi kelaziman buat rakyat Malaysia tatkala mereka mahu terus memberikan sokongan padu buat pasukan kesayangan mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai isu yang timbul mengenai kebenaran untuk menghisap rokok dan vape di dalam stadium.

Seperti yang sedia maklum, kini terdapat pelbagai usaha yang dilakukan untuk menarik minat golongan kanak-kanak dan juga wanita untuk turut sama mewarnai kancah bola sepak tempatan termasuklah dengan menawarkan harga tiket yang cukup berpatutan.

Namun begitu, situasi ini jelas masih tidak dapat meleraikan keresahan apabila mereka jelas kurang senang dengan perbuatan merokok tanpa melihat situasi sekeliling.

Keadaan ini telah mewujudkan rasa tidak selesa dan kurang mesra terutamanya buat keluarga yang hadir menyaksikan perlawanan.

Kepulan asap dan juga puntung rokok yang dibuat merata-rata di dalam stadium menyebabkan mata yang melihat berasa ‘sakit.’

Menerusi beberapa perkongsian pihak yang hadir untuk menyaksikan perlawanan seperti di Stadium Sultan Muhammad IV, mereka meminta tindakan larangan merokok segera diambil.

“Serik bawa anak-anak tengok bola, kiri kanan atas bawah hisap rokok, sesak nafas.. puntung rokok bersepah,” jelas Emir Ramli di ruangan komen Zamsaham.

Malah, ada yang merayu agar Zamsaham mewujudkan larangan merokok di dalam stadium serta-merta.

“Ni smoking dalam stadium. Jumpa terus denda,” jelas Khairi Esa yang khuatir dengan situasi ini.

Untuk makluman, apabila sebatang rokok dinyalakan, bahan tembakau akan dibakar dan menghasilkan asap yang mengandungi lebih 8,000 bahan kimia atau “konstituen asap”.

Asap rokok bukan sahaja membawa kemudaratan kepada diri sendiri malah orang sekeliling yang digelar sebagai perokok pasif.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berhemah dan juga prihatin, ayuh kita sama-sama menzahirkan rasa cakna dan cinta kepada masyarakat sekeliling dengan tidak merokok atau vape semasa memonton perlawanan di stadium untuk kebaikan semua.

Related Articles