Bung Moktar Mahu Hamidin Kekal Sebagai Presiden FAM
MakanBola
IG Bung Moktar
Sponsors

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin telah menyuarakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Hamidin Mohd Amin untuk terus kekal sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bung Moktar menganggap desakan yang bertalu-talu supaya Hamidin meletakkan jawatan sebagai Presiden FAM adalah sangat tidak wajar dan tidak adil sekiranya hanya dinilai melalui kegagalan skuad negara di Piala AFF Suzuki 2020.

Ad

“Takkan hanya kerana skuad Harimau Malaya gagal di Piala AFF 2020, kita semua mahu mendesak supaya beliau (Datuk Hamidin Mohd Amin) letak jawatan?” tegas Bung Moktar.

Ad

“Sedangkan baru saja pada Oktober lalu, skuad B-23 kebangsaan kendalian Brad Maloney berjaya layak selaku 16 pasukan terbaik ke Piala Asia B-23 2022. Adakah ketika itu FAM dipimpin oleh presiden lain?

Jelas Bung Moktar, Hamidin adalah presiden FAM ketika pasukan Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2018 selain mempamerkan aksi memukau dalam menundukkan Indonesia dan Thailand ketika Kelayakan Piala Dunia pada November 2019.

Ad

“Begitu juga ketika skuad Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2018 dan pada prestasi terbaik meraih kemenangan bergaya ke atas Thailand dan Indonesia pada November 2019 ketika kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, siapa Presiden FAM ketika itu? Masih Hamidin juga kan?

Ad

“Jadi bagi saya, desakan supaya Hamidin meletak jawatan sebagai Presiden FAM adalah sesuatu yang tidak wajar, sebaliknya beliau masih relevan dan biarlah beliau meneruskan mandat yang diberi oleh ahli gabungan FAM untuk tempoh penggal yang ditetapkan iaitu dari 2021 hingga 2025 ini,” luah Bung Moktar kepada Arena Metro.

Ad