Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar Radin memandang kekalahan yang dialami oleh pasukannya itu sebagai satu perkara yang positif.
Hal ini dizahirkan olehnya susulan kekalahan pasukan di bawah bayu itu apabila terpaksa akur dengan kekuatan Negeri sembilan dengan keputusan 1-0.
Ini bertitik tolak daripada komen yang dilontarkan oleh salah seorang penyokong yang menyebut nama presiden kelab tersebut susulan kekalahan pertama musim ini.
’Ini apa cerita Dato..’
Mengulas perkara ini, beliau yakin bahawa kekalahan ini bakal memberi pengajaran berguna kepada pasukannya untuk terus bekerja dengan lebih keras pada perlawanan berikutnya.
Bukan itu sahaja, Bung Mukhtar juga percaya bahawa ini merupakan proses pembelajaran yang perlu dilalui oleh Sabah bagi mematangkan lagi persembahan mereka di atas padang.
’Bola sememangnya begitulah, ada kalanya menang dan ada kalanya kalah.’
’Mana ada pasukan yang menang terus,’ -Jelasnya pada ruangan komen tersebut.
Kekalahan tersebut juga menyaksikan bahawa pasukannya tidak memperoleh sebarang mata pada perlawanan pembukaan liga ini.
Beliau sempat berseloroh pada ruangan komen tersebut dengan menyatakan bahawa pasukan gergasi di Eropah juga tidak sentiasa memperoleh kemenangan.
’ Man United, Liverpool dan Man City pun kalah juga.’
Pasukan Ong Kim Swee bakal berdepan cabaran PJ City pada perlawanan kedua nanti.
