Kelab Dion Cools, Buriram United terus membina sokongan menjelang musim baru Thai League 1 yang bermula pada 11 Ogos ini.
Dan terima kasih kepada para penyokong mereka, Buriram mencatatkan penjualan kumpulan pertama jersi berjumlah 45,000 helai dengan nilai jualan AS$950,000 (RM4.5 juta) seperti dilaporkan ASEAN Football.
Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan lebih-lebih lagi dengan melihat resepi kejayaan Buriram dari segi komersial. Portal MainStand mendedahkan harga murah yang ditawarkan kelab itu menjadikannya laris berbanding jersi kelab-kelab lain.
Kebiasaannya, jersi kelab-kelab terkenal dijual sekitar 890 baht (RM116) hinggalah 1900 baht (RM248) – jauh lebih mahal daripada jersi Thunder Castle yang berharga 690 baht (RM90).
Selain harga murah, Buriram juga turut memantau selia semua urusan pembuatan jersi biarpun perlu menanggung kenaikan kos operasi.
Keputusan ini membolehkan mereka meraih lebih banyak keuntungan dari segi komersial dan menjadikan penyokong setia dengan Buriram.