Advertisements
Buriram United ‘Pintas’ JDT
Asia Tenggara
MakanBola
BUFC/JST

Kelab Liga 1 Thailand, Buriram United memintas JDT sebagai kelab paling bernilai di Asia Tenggara.

Skuad kendalian Hector Bidoglio memulakan kempen di AFC Champions League Elite (ACLE) dengan begitu baik apabila meraih 4 mata daripada dua perlawanan.

Buriram United pula melakar rekod sama sekaligus terikat dengan kedudukan skuad Harimau Selatan dengan 4 mata.

Kehadiran beberapa muka baharu telah meningkatkan nilai pasaran skuad kendalian Osmar Loss yang kini menjadi kelab paling bernilai di ASEAN.

Kemas kini laman Transfermarkt menunjukkan Buriram United unggul di tangga teratas dengan nilai skuad mencecah 12.3 Juta Euro (RM57.5 Juta) diikuti oleh JDT di tangga kedua dengan 10.83 Juta Euro RM50.6 Juta.

Kedudukan ini menyaksikan Buriram memintas kedudukan JDT yang merupakan kelab paling bernilai di Asia Tenggara musim lalu.

JDT kekal menjadi kelab paling bernilai di Malaysia diikuti oleh pesaing terdekat, Selangor di tangga keenam ASEAN dengan 6.98 Juta Euro (RM32.6 Juta).

Malaysia memiliki dua kelab paling bernilai dalam kelompok 10 terbaik sambil Thailand (4), Vietnam (3) dan Singapura (1).