Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) telah menjatuhkan hukuman penggantungan selama tiga bulan ke atas pemain perseorangan wanita Thailand, Pitchamon Opatniputh.
Perkara itu disahkan BWF menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi badan induk badminton dunia itu. BWF memaklumkan bahawa kes anti-doping membabitkan berusia 19 tahun itu telah dimuktamadkan.
Sehubungan itu, tempoh penggantungan yang dijalani Pitchamon bermula dari tarikh penggantungan beliau pada September lalu. Pemain Thailand itu dijangka kembali beraksi apabila tempoh penggantungannya tamat pada 20 Disember ini.
Pitchamon dikenakan penggantungan ketika beraksi dalam temasya Sukan Asia 2026 yang berlangsung di Aichi-Nagoya, Jepun. Ini susulan furosemide dikesan dalam sampel ujian anti-doping yang dijalankan di luar pertandingan di Nagoya pada 17 September lalu.
Pitchamon bukan saja pernah memegang status sebagai pemain junior wanita nombor satu dunia. Malah, beliau juga pernah menduduki ranking ke-18 dunia.
Susulan hukuman penggantungan itu, Pitchamon kini menduduki ranking ke-22 dunia. Meskipun rankingnya sedikit menurun, beliau masih berstatus perseorangan wanita ketiga terbaik Thailand.
Pengumuman ini dijangka membantu Pitchamon mengatur persediaan bagi menghadapi takwim kejohanan untuk tahun 2027,


