UltraSukan

SASC: Malaysia Garang Ke Final, Atasi Pakistan

Malaysia MHC 2 3 SASC: Malaysia Garang Ke Final, Atasi Pakistan
MHC

Malaysia mengesahkan kemaraan ke final Sultan Azlan Shah Cup (SASC) meskipun diikat Pakistan dalam aksi terakhir yang berlangsung di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Advertisement

Malaysia sedar mereka hanya perlu seri atau menang dengan Pakistan jika ingin layak ke final. Pakistan pula perlu menang jika mereka ingin menempah tiket final SASC.

Azrai Azad Abu Kamal terlebih dahulu membuka jaringan buat The Speedy Tigers seawal minit ketiga. Ahmad Nadeem kemudiannya meletakkan Pakistan di hadapan dengan gol pada minit ke-13 dan ke-15.

Kapten skuad negara, Marhan Abd Jalil memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga rehat separuh masa menerusi gol pada minit ke-20.

Bersambung selepas rehat, Pakistan kembali berada di hadapan pada minit ke-34 menerusi Ammad Muhammad. Larian Ammad gagal disedari pertahanan Malaysia sebelum beliau menewaskan penjaga gol kebangsaan, Hafizuddin Othman.

Faizal Saari menghidupkan harapan kem negara dengan meledakkan dua gol pada minit ke-50. Pakar penalti Pakistan, Sufyan Khan kembali meletakkan negara itu dengan pukulan penalti pada minit ke-56.

Kem Pakistan kembali muram apabila pengadil menganugerahkan penalti stroke. Faizal tenang menewaskan penjaga gol Pakistan, Abdullah Ishtiaq Khan pada minit ke-57.

Malaysia bakal bertemu Australia di peringkat akhir yang akan berlangsung pada 28 November ini. Australia yang telah layak lebih awal membelasah Kanada 14-1 dalam satu lagi aksi terakhir kejohanan.

Pakistan pula dijangka berentap dengan Korea Selatan untuk perlawanan penentuan tempat ketiga pada hari sama.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...