Advertising
Caio Cesar Tersenyum Lebar Bantu JDT Menang Besar
UltraSukan
JDT Futsal

Tonggak import skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT), Caio Cesar cukup gembira melihat permulaan hebat pasukan itu dalam saingan Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).

JDT membuka kempen musim 2025 dengan bergaya apabila menewaskan Malaysia University FT (MUFT) 8-3 di Stadium Bandaraya Pasir Gudang.

Ad

Cesar, Abu Haniffa Hasan, Bruno Taffy, Awalluddin Mat Nawi dan Firdaus Ambiah mencipta nama sebagai penjaring JDT.

Ad

Zainal Abidin, Bukhari Samsudin dan Harith Hazami mencetak nama sebagai penjaring buat MUFT.

Cesar melihat ini satu permulaan yang baik buat Harimau Selatan untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Divisyen 1 yang diraih pada 2024.

Ad

“Ia satu permulaan yang bagus buat kita. Dan saya harap kita dapat teruskan perkara sama untuk mendapatkan gol,” katanya selepas perlawanan.

Ad

Kelebihan jaringan menyaksikan JDT menerajui Divisyen 1 sambil diekori pencabar terdekat, Selangor FC.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments