Advertising
Calon Pemain Warisan Malaysia Terima Tunjuk Ajar Lagenda England
Eropah
MakanBola
Coventry City FC

Salah seorang calon pemain warisan Malaysia, Milan van Ewijk menerima tunjuk ajar dari lagenda Chelsea dan juga England.

Beraksi bersama Coventry City di England, Milan van Ewijk merupakan pemain kelahiran Belanda yang beraksi di posisi pertahanan kanan The Sky Blues sejak musim 2023/2024.

Ad

Nama van Ewijk mula menjadi sebutan apabila laman pencari bakat, Frfuturetalent mendedahkan susur galur bek kanan itu yang didakwa miliki darah Malaysia sebelum ini.

Ad

Malah, laman Frfuturetalent turut mengeluarkan senarai 35 pemain warisan Malaysia yang beraksi di Eropah yang turut terdapat nama van Ewijk dan dikategorikan sebagai pemain gred A.

Walau bagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi dari mana-mana pihak terutamanya dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai calon pemain memperkuat skuad negara.

Ad

Ewijk mencatatkan 17 penampilan liga bersama Coventry City musim ini dan berjaya menjaringkan satu gol dan melakukan satu bantuan jaringan buat The Sky Blues.

Ad

Walaupun begitu, itu tidak cukup untuk membantu Coventry City mendaki carta liga apabila kelab kelab tersebut berada di tangga ke-17 dengan 17 mata selepas 17 perlawanan kini.

Ad

Permulaan kurang baik sejak awal musim telah menyebabkan pihak pengurusan Coventry City mengambil keputusan untuk berpisah dengan pengurus, Mark Robins di awal November.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Mark Robins itu akhirnya diisi oleh bekas pemain tengah Chelsea dan England, Frank Lampard apabila diumumkan oleh pihak kelab pada Khamis.

Menurut Lampard, tugas mengemudi Coventry City bagaikan satu penghormatan besar dan bersedia membantu pasukan untuk mencapai cita-cita bersama para pemain sedia ada.

”Saya menghormati kelab ini (Coventry City) dan sedar akan sejarah serta tradisinya,” ujar Lampard yang pernah menjadi pengurus Chelsea dan Evert

“Cita-cita dan hala tuju yang ingin dicapai oleh pemilik kelab menginspirasi saya, dan saya berada di sini untuk membantu. Saya mempunyai pandangan positif terhadap skuad ini dan tidak sabar untuk bekerja dengan para pemain.”

Tugasan pertama Lampard bersama Coventry City adalah berdepan Cardiff City di laman sendiri dalam aksi liga pada Sabtu