Advertisement
Cara Lee Zii Jia Tatap Pingat Gangsanya Undang Sebak
UltraSukan
UltraSukan
Majlis Sukan Negara Malaysia

Raut wajah jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menatap pingat gangsa yang dimenanginya mengundang sebak orang ramai.

Lee Zii Jia turun berdepan Lakshya Sen dari India dalam aksi penentuan pingat gangsa setelah tewas di pusingan separuh akhir di tangan juara dunia 2023 dari Thailand.

Dalam aksi tersebut, jaguh kelahiran Kedah tumpas di set pertama 13-21, sebelum bangkit meraih kemenangan di set kedua dan set penentuan dengan keputusan 21-16, 21-11.

Kejayaan ini membolehkan Zii Jia untuk merangkul pingat gangsa buat negara dan berada di atas podium bersama pemenang pingat emas, Viktor Axelsen dan pingat perak, Kunlavut Vitidsarn.

Ketika upacara penyampaian hadiah, fokus rakyat Malaysia terarah kepada Zii Jia yang berjuang untuk berdiri bersama jaguh dunia dan lensa kamera sempat merakam raut wajah pemain negara itu.

Wajah Zii Jia kelihatan begitu sebak ketika dikalungkan oleh tetamu kehormat dan beliau sempat membelek pingat tersebut membuatkan orang ramai sebak.

Rata-rata komen rakyat Malaysia meluahkan rasa terharu dan bangga dengan pencapaian yang diperoleh anak jati Kedah ini setelah mengharumkan nama negara di pentas Olimpik.

Dengan kejayaan ini, Lee Zii Jia bukan sahaja membawa pulang pingat buat negara, malah kedudukan rankingnya juga meningkat ke tangga keenam dunia.