Cemerlang Bersama Terengganu, Ini Kemas Kini Nilai Pasaran Akhyar & Safawi Rasid
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Nilai dua pemain tunjang Terengganu FC, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid mula menjadi buah mulut peminat tanah air.

Dua watak penting ini telah membantu Sang Peteh untuk merakamkan kemenangan 3-0 berdepan Sabah FC di Stadium Likas.

Ad

Persembahan cemerlang ini juga telah memecahkan penantian Akhyar Rashid untuk menjaringkan gol pertama bersama Terengganu FC.

Ad

Impak yang dibawa oleh dua pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) ini sekaligus membantu pasukan Pantai Timur itu mara ke pentas separuh akhir.

Kini, nilai pasaran tonggak Harimau Malaya menjadi tumpuan peminat yang mula merasai kehadiran mereka di Gong Badak.

Ad

Akhyar Rashid kini dinilai pada tanda harga 200,000 USD (RM941,800) manakala kapten Terengganu FC, Safawi Rasid kini memiliki nilai pasaran yang sama menurut data lamah Transfermarkt.

Ad

Duo JDT ini juga menjadi sandaran utama skuad kebangsaan dan berada dalam pasukan ketika beraksi di Piala Asia 2023 dan juga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad

Selangor bakal menjadi halangan Terengganu di Piala FA 2024 apabila kedua-dua pasukan bakal berentap pada 20 Julai 2024.