Duo berbisa Terengganu, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid kembali mencetak jaringan buat pasukan pada aksi suku akhir Piala FA.
Dua pemain kebangsaan ini turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk mencatatkan kemenangan ke atas Sabah dengan agregat 8-0.
Terengganu di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner memulakan aksi penuh garang apabila kapten pasukan. Safawi Rasid pada minit ke-10.
Beliau bijak meletakkan diri pada kedudukan amat baik untuk menerima hantaran daripada Ismaheel Akinade sebelum melepaskan sepakan kencang menewaskan Khairul Fahmi.
Akhyar Rashid turut mempamerkan kebolehan sebenarnya berdepan The Rhinos apabila mencatat nama selaku penjaring.
Pemain berusia 25 tahun itu bijak membaca hantaran Marin Pilj sebelum menolak masuk untuk gol kedua tuan rumah.
Dua jaringan itu membantu Terenggganu menang dengan agregat 8-0 untuk menempah tiket ke separuh akhir.
Selangor bakal menjadi lawan Terengganu pada 20 Julai 2024 dengan aksi pertama berlangsung di Stadium MBPJ.
Jaringan ini merupakan ledakan pertama Akhyar Rashid bersama Terengganu manakala Safawi sudah pun menjaringkan gol sebelum ini.