Transfer
Perak FC
Advertisements

Biarpun Perak FC kini berada di kedudukan ke-11 Liga Super, namun masih awal bagi pihak pengurusan untuk menekan butang panik memandangkan banyak lagi perlawanan yang perlu dilalui sebelum musim 2023 ini tamat.

Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh segelintir penyokong Perak kepada pihak pengurusan bagi memantapkan pasukan yang dikenali dengan gelaran ‘The Bos Gaurus’ itu. Antara cadangan yang diberikan adalah membawa masuk penyerang import baharu dan ada juga yang mahukan Perak dibarisi pemain-pemain pada musim 2018 seperti Firdaus Sayadi, Kenny Pallraj dan Nazirul Naim.

Baru-baru ini, seorang penyokong Perak bertanyakan kepada CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsudin yang menggunakan akaun Facebook, TBG Super Fan mengenai desas-desus perpindahan bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Gabriel Guerra ke pasukan Perak. Bobie menegaskan bahawa perkara tersebut tidak benar.

Advertisements
WhatsApp Image 2023 04 16 at 10.57.14 CEO Perak FC Nafi Bawa Masuk Bekas Import JDT
Bobie Farid nafi bawa masuk Guerra. (Kredit: TBG Super Fan)

Guerra yang bakal menginjak ke usia 30 tahun pada 17 April ini dikatakan mahu kembali ke Malaysia untuk menyambung karier bola sepaknya selepas kali terakhir meninggalkan PKNS FC pada penghujung musim 2020.

Bersama JDT, Guerra merupakan salah seorang ‘mesin gol’ buat gergasi selatan itu apabila berjaya meledak 17 gol daripada 31 perlawanan yang diharungi. Beliau kemudian berhijrah ke PKNS pada musim berikutnya dan meledak 4 gol dalam 22 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram