Advertising
CEO Perak Guna Cara Halus Perangi Jersi Jiplak
MakanBola
Perak FC

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin mempunyai cara tersendiri untuk memerangi jualan jersi jiplak pasukan Perak di dalam talian.

Melalui satu hantaran di laman Facebook, TBG Super Fan, Bobie dilihat mengambil pendekatan secara halus dengan memulakan interaksi bersama penjual jersi jiplak melalui salah sebuah medium jualan terbesar di Malaysia.

Ad

Tindakan Bobie itu sekali gus dapat mengenal pasti sama ada jersi yang dijual itu tulen ataupun sebaliknya.

Ad

“Makin banyak peniaga bumiputera yg semakin berani menjual jersi jiplak di pasaran. Setiap hari antara kerja yang saya buat masa lapang ialah menerjah kedai-kedai ini dan buat laporan.

“Tapi makin hari makin banyak pulak yang timbul. Rasanya isu ni dihadapi oleh semua pasukan bola sepak,” luah Bobie di laman Facebook TBG Super Fan.

Ad

Lebih malang lagi, kedai dalam talian yang menjual jersi jiplak Perak FC itu telah merekodkan lebih 3000 helai jualan sedangkan kedai rasmi Perak FC di medium yang sama masih belum mencapai angka jualan seperti kedai tersebut.

Ad

“Sehingga kini lebih 3 ribu helai (anggaran) dijual dikedai kedai copy ni manakala kedai kita tak setinggi itu,” jelas Bobie lagi.

Ad

Untuk rekod, Jersi Perak FC adalah antara jersi tulen termurah yang ditawarkan kepada penyokong bagi musim baharu Liga Malaysia 2024/25 dengan harga serendah RM39 sahaja.