Advertising
CEO Simpan Niat Bawa Malaysia Ke Piala Dunia
MakanBola
FA Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Robert Friend menyimpan hasrat untuk membawa Harimau Malaya ke pentas Piala Dunia.

Beliau yang menjadi antara tunjang utama bagi revolusi skuad Harimau Malaya memfokuskan kepada mengenal pasti masalah bagi setiap lapisan pasukan negara.

Ad

Rob Friend mahu membentuk strategi terbaik dengan membina asas buat pasukan kebangsaan agar dapat merangka perancangan jangka panjang buat pasukan.

Ad

“KIta perlu merangka strategi untuk membina kejayaan jangka panjang. Saya tidak berada di sini untuk kejayaan jangka pendek. Saya di sini adalah untuk membina model jangka panjang buat pasukan kebangsaan dan itu mengambil masa.

“Ia ibarat kita membina rumah, kita perlu mengukuhkan tapaknya terlebih dahulu agar ia bertahan lama. 

Ad

Beliau menzahirkan keyakinan terhadap visi dan kepimpinan DYAM Tunku Ismail untuk memacu era baharu buat Harimau Malaya.

Ad

“Kita perlu mengenal pasti beberapa permasalahan dan dengan visi Tunku Mahkota Ismail (Pemangku Sultan Johor) untuk menjadi lebih baik, harapnya Malaysia dapat melangkah ke Piala Dunia kerana itu cita-cita saya,” ujarnya kepada FA Malaysia.

Ad

Rob turut memuji pendekatan untuk melantik dua pakar terkemuka dalam barisan kejurulatihan skuad negara.

“Jadi, sebagai langkah awal, kita mengumpulkan barisan kejurulatihan terbaik dunia seperti Dr. Craig Duncan selaku Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan. 

“Kita juga ada (Ketua Jurulatih) Peter Cklamovski yang pada saya merupakan salah seorang jurulatih terbaik di dunia,” ujarnya.

Ujian awal Malaysia adalah aksi menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac 2025.