Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Selepas tiga perlawanan Liga Super, Terengganu hanya meraih satu mata dan berada di kedudukan tercorot. Dan skuad Peteh masih lagi gagal menjaringkan gol – satu fakta yang meresahkan bukan saja para penyokong tetapi CEO pasukan, Ab Rasid Jusoh.

Advertisements

Begitupun, beliau percaya anak-anak buah Tomislav Steinbruckner mampu bangkit dan memburu kemenangan dalam perlawanan liga seterusnya.

Malah, Ab Rasid juga turut memanggil semua pemain dan staf kejurulatihan termasuk Steinbruckner untuk bersemuka dan memastikan semua ahli skuad Penyu mampu menyumbang dengan lebih berkesan.

Advertisements

“Kita sentiasa berusaha, kita percaya pada pelan yang dibuat bermula dengan Piala Sumbangsih lagi di tempat lawan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), pemain memberikan tentangan yang hebat.

“Kita boleh menilai keupayaan pasukan kita dalam perlawanan itu, daripada segi corak permainan, saya bukan mahu mengulas, tapi semua boleh lihat dengan mata sendiri gol jaringan pihak lawan bagaimana mereka jelmakan.

Advertisements

“Berkenaan tanpa jaringan dan kemenangan setakat ini, kita mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, tapi belum berjaya lagi, jadi dengan masa berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum berdepan PDRM FC, barisan kejurulatihan sedang giat berusaha,” katanya semasa ditemui media selepas pemeteraian penajaan Terengganu dengan TPK Legacy di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Selain itu, jentera serangan Terengganu musim ini tumpul walaupun dibarisi penyerang Croatia, Ivan Mamut dan penyerang Thailand, Adisak Kraisorn. Hal ini membuatkan para penyokong membandingkan mereka dengan penyerang import musim lepas, Tchetche Kipre dan Kpah Sherman.

Begitupun, Ab Rasid percaya dua penyerang itu hanya memerlukan masa untuk memburu gol pertama dan seterusnya menjadi mesin gol yang boleh diharap kelab.

“Tahun lalu kita bermula dengan kekalahan 3- 0 kepada Petaling Jaya City FC, kemudian tewas lagi pada aksi kedua menentang JDT, tapi di tempat kita baharu memperoleh kemenangan, saya yakin dan percaya masanya akan tiba begitu juga kepada dua penyerang itu.

“Lagipun dalam satu pasukan semua pemain boleh menjaringkan gol bukan hanya mengharapkan Adisak dan Mamut, kita ada Sony Norde, mungkin Domogoj Pusic ataupun mana-mana pemain boleh menjaringkan gol.

“Apa yang penting semua pemain perlu bekerjasama, sokongan padu daripada peminat selain doa agar pasukan menemui rentak kemenangan serta jaringan dan seterusnya memperbaiki kedudukan di tangga tercorot liga, kita bimbang juga situasi ini,” tambahnya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram