CEO Terengganu Lihat Sisi Positif Pemansuhan Piala MFL
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Mohd Sabri Abas melihat pemansuhan saingan Piala MFL dari sudut positif.

Sebelum ini, MFL dan rakan kongsi liga terdiri daripada 13 kelab Liga Super sebulat suara bersetuju memansuhkan pertandingan itu bermula pada musim 2025/26.

Ad

Langkah tersebut diambil bagi membantu kelab-kelab berjimat dari segi kewangan terutama membabitkan soal gaji dan operasi logistik.

Ad

Meskipun ada yang berpandangan pemansuhan pertandingan tersebut bakal menjejaskan pembangunan pemain muda, Sabri menolak pandangan tersebut.

Ini kerana pada hematnya, kelab-kelab harus memberi peluang kepada pemain-pemain muda bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Ad

Apabila itu berlaku, ini secara tidak langsung menambah kekuatan sesebuah pasukan untuk jangka masa panjang. Sabri turut menjadikan Peteh sebagai contoh pasukan yang kerap memberi peluang kepada pemain muda.

Ad

“Sudah sampai masanya untuk pemain-pemain muda diketengahkan kepada skuad utama dan ini yang biasa kita amalkan untuk bagi peluang kepada pemain muda membuat debut sebelum ini,” katanya.

Ad

“Ini kerana di Terengganu, kita melihat pemain muda terutama pemain tempatan seharusnya menggunakan peluang ini untuk menimba pengalaman bersama-sama pemain utama.

“Yang kedua saya lihat apabila Piala MFL ini dimansuhkan, ini masanya untuk mereka cuba bersaing di liga yang kompetitif dan sudah sampai masanya semua kelab juga menggunakan lebih ramai pemain muda terutamanya dari Piala MFL.”

Terengganu bersaing dalam saingan Piala MFL menerusi skuad Terengganu II. Pasukan itu muncul juara edisi pertama Piala MFL pada 2023.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments