Chanathip Songkrasin Rasa Diri Sudah Tua Dan Bakal Bersara
Dunia
AFC
Advertisements

Pemain sensasi Thailand, Chanathip Songkrasin memberi bayangan akan bersara selepas merasakan dirinya sudah tua untuk beraksi. Pemain berusia 29 tahun itu berkata sedemikian selepas ditemubual media Thailand.

Namun begitu, Chanathip menjangkakan persaraan itu akan berlaku enam tahun dari sekarang bermakna pada ketika itu beliau akan menjangkau usia 35 tahun.

Pemain yang kini beraksi di Jepun bersama Kawasaki Frontale itu tidak disenaraikan oleh jurulatih Thailand, Mano Polking bagi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dan beliau juga dihantui dengan kecederaan yang sedikit sebanyak mengganggu kariernya di Jepun.

Advertisements

Untuk rekod pada tahun 2022, Chanathip mengalami kecederaan sebanyak tiga kali sekali gus memaksa beliau disisihkan daripada Kawasaki Frontale yang mengakhiri Liga Jepun di tangga kedua. Kecederaan pertama yang dialami adalah pada bulan April 2022 yang mana beliau mengalami kecederaan betis.

Kecederaan kedua yang dialami adalah pada bulan Ogos yang mana beliau disisihkan tiga perlawanan kerana mengalami kecederaan otot dan kecederaan terkini adalah pada Oktober di mana beliau mengalami kecederaan pangkal paha.

Jadi dengan beberapa siri kecederaan yang menimpa Chanathip, tidak hairanlah beliau merasakan bahawa dirinya sudah semakin tua dan memberi bayangan untuk bersara dalam tempoh enam tahun lagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram