Chanatip Songkrasin Tak Gembira Di Jepun?
Asia
Chanatip Songkrasin
Advertisements

Pemain tengah menyerang pasukan Liga 1 Jepun, Chanatip Songkrasin masih menanti peluangnya untuk beraksi buat Kawasaki Frontale.

Bintang bertubuh kecil itu mula menjadi tanda tanya selepas kelibatnya masih tidak kelihatan dalam aksi pembukaan ketika pasukannya tewas kepada Yokohama FM dengan keputusan 2-1.

Malah, beliau juga tidak berada dalam senarai skuad kelab tersebut sungguhpun tiada sebarang pengumuman tentang kecederaan atau apa-apa penggantungan.

Advertisements

Namun begitu, beliau kelihatan memuat naik satu hantaran di laman sosialnya baru-baru ini sekaligus menimbulkan tanda tanya bahawa beliau kini tidak gembira di Jepun.

Hantaran tersebut memaparkan kelibat Chanatip yang memperagakan jersi Kawasaki Frontale dengan kapsyen yang meragukan.

“Masih menanti peluang saya,” ujarnya ringkas.

Advertisements

Musim lalu, kapten pasukan kebangsaan Thailand ini menjadi watak penting buat pasukannya termasuklah ketika beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (AFC).

Namun begitu, beliau dijangka akan segera kembali mengisi slot dalam kesebelasan utama tatkala jentera tengah Kawasaki jelas kurang efektif pada perlawanan pembukaan tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram