Charlton Athletic Lepaskan Richard Chin, Bakal Pulang Ke Malaysia?
Eropah
Charlton Athletic FC
Advertisements

Pemain pertahanan muda Malaysia, Richard Chin berpotensi pulang ke tanah air selepas tamat musim 2023/24.

Ini selepas kelab beliau, Charlton Athletic mengumumkan senarai pemain yang dikekalkan dan tidak diperbaharui kontrak untuk musim 2024/25.

Nama Richard berada dalam senarai pemain yang tidak dikekalkan The Addicks untuk musim depan.

Advertisements

Ini bermakna selepas tempoh pinjamannya di Bath City berakhir pada 31 Mei, beliau akan bergelar ejen bebas pada 1 Julai ini.

Selain Richard, pengurusan Charlton turut melepaskan tujuh pemain lain. Ini termasuk bekas penyerang Crystal Palace, Connor Wickham, bekas pemain sayap Brighton, Kazenga Lua Lua dan bekas bek tengah Fulham, Michael Hector.

Advertisements

“Semua orang di kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap pemain yang pergi atas usaha mereka sepanjang berada di Charlton dan mengucapkan selamat maju jaya demi masa hadapan mereka,” kata pengurusan kelab dalam satu kenyataan.

Dengan statusnya sebagai ejen bebas berkuatkuasa pada 1 Julai ini, Richard memiliki masa untuk memikirkan perancangan karier beliau yang seterusnya.

Advertisements

Salah satu pilihan beliau ialah pulang ke tanah air dan membina karier di Malaysia. Pilihan ini timbul kerana Richard sudah menerima panggilan menyertai kem latihan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23).

Mengikut data Transfermarkt, beliau telah merekodkan 18 penampilan bersama The Addicks. Selain Charlton dan Bath City, Richard pernah beraksi secara pinjaman untuk Dartford.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram