Charlton Athletic Sambung Kontrak Pemain Warisan Malaysia, Richard Chin
Eropah
Charlton Athletic FC
Advertisements

Sejak ramai mengetahui statusnya sebagai pemain warisan Malaysia, ramai penyokong negara memerhatikan perkembangan terbaru Richard Chin. Dan hari ini, kelabnya iaitu Charlton Athletic menyambung lagi kontrak pemain pertahanan berusia 20 tahun itu selama semusim lagi.

Ini selepas The Addicks mengaktifkan klausa penyambungan kontrak automatik selama setahun dalam kontrak pemain tersebut. Chin akan kekal di The Valley sehingga tahun 2024.

Bagi pengurus Charlton, Dean Holden, keputusan mengekalkan pemain muda versatil itu dilihat satu keputusan yang bijak. Ini kerana pada musim ini, Chin membuat 15 penampilan bersama pasukan utama termasuk lima penampilan dalam League One (divisyen tiga England)

Advertisements

“Dia (Chin) seorang pemain muda yang baik yang muncul dari akademi dan ada banyak kemajuan pada dirinya. Dia boleh menjadi aset berharga kepada pengurus, dari segi mempunyai pemain yang boleh beraksi di beberapa posisi.

“Saya mungkin pernah berada di situ sebagai pemain muda, anda kadangkala diletakkan di satu posisi dan kemudiannya ditukar kepada posisi yang lain. Kadang-kadang ia menyukarkan anda untuk mendapatkan rentak,” katanya kepada South London Press.

Holden mengakui pemain berdarah Malaysia-Seychelles itu berpotensi menembusi pasukan utama dan menjadi aset jangka panjang Charlton.

Advertisements

“Dia ada bermain sedikit semasa saya tiba dan dia menunjukkan prestasi baik bersama pasukan B-23. Dia baru saja pulih daripada kecederaan kecil. Dia seorang pemain yang diperhatikan kami semasa pra-musim dan melihat di mana perkembangannya. Dia akan menyertai skuad utama.

“Dia seorang pelatih yang bagus dengan tingkah laku yang hebat. Dia ada keinginan untuk memaksimumkan keupayaan dirinya dan menunjukkan kesungguhan – dia orang pertama yang datang ke pusat latihan dan orang terakhir yang pulang. Dia merupakan contoh yang hebat,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram