Dunia
instagram Richard Chin
Advertisements

Pemain warisan Malaysia, Richard Chin telah diturunkan dalam kesebelasan utama oleh pasukannya, Charlton Athletic pada aksi pusingan kedua Piala FA Inggeris menentang Stockport County awal pagi tadi.

Namun begitu, hasrat Charlton untuk mara ke pusingan seterusnya tidak kesampaian apabila terpaksa akur tewas 1-3. Dalam perlawanan itu, penyerang Stockport, Will Collar menjadi wira Stockport apabila meledak hatrik.

Richard Chin yang diturunkan dalam kesebelasan utama telah dikekalkan sehingga tamat permainan. Ianya merupakan kali kelima Richard beraksi penuh 90 minit bersama skuad senior Charlton dalam kesemua pertandingan.

Advertisements

Menerusi tinjauan di Sofascore, Richard yang beraksi di bahagian bek sayap kanan telah melakukan 72 kali sentuhan bola dan mengumpul 71 peratus dalam ketepatan hantaran. Namun, ianya tidak membantu Richard dalam mendapat rating yang baik apabila hanya dinilai 6.3 daripada 10.

Richard Chin rating Charlton Tersingkir Piala FA, Richard Chin Beraksi 90 Minit
Rating yang diterima Richard Chin. Sumber Sofascore.

Pada bulan lalu, Richard mencipta sejarah menjadi pemain warisan Malaysia pertama yang beraksi di Piala FA Inggeris. Nama pemain muda berusia 20 tahun itu juga menjadi sebutan bakal menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram