Chelsea Akhiri Kemarau Gol Bulan September
Eropah
Chelsea FC
Advertisements

Chelsea lega kerana akhirnya menjaringkan gol pertama mereka dalam bulan September awal pagi ini.

Perkara ini dilakar dalam aksi pusingan ketiga Piala EFL menentang Brighton dengan The Blues merekodkan kemenangan 1-0.

Gol tersebut disumbang oleh penyerang baru mereka dari Senegal, Nicolas Jackson. Menariknya, ini juga gol pertama beliau dalam tiga perlawanan selepas kali terakhir melakukannya ke atas Luton pada 25 Ogos lalu.

Advertisements

Kali terakhir Chelsea menjaringkan gol ialah dalam aksi Piala EFL menentang AFC Wimbledon pada 31 Ogos lalu. Noni Madueke dan Enzo Fernandez memastikan kemenangan The Blues pada hari itu.

Sejak itu, Chelsea bergelut mencari sentuhan penyudah dalam tiga perlawanan EPL iaitu Nottingham Forest, Bournemouth dan Aston Villa. Dalam tiga perlawanan ini, The Blues tewas dua kali dan seri sekali.

Kesukaran Chelsea menemui sentuhan penyudah dibuktikan menerusi statistik Sofascore. Tiga perlawanan tersebut menyaksikan The Blues hanya membuat percubaan tepat ke arah gol sebanyak 10 kali.

Advertisements

Tiga perlawanan ini juga menyaksikan Chelsea mensia-siakan tujuh peluang keemasan – satu hakikat yang menggusarkan penyokong. Sekiranya semua peluang ini berjaya disempurnakan, The Blues berkemungkinan menduduki tangga kelima dengan 14 mata di hadapan Arsenal.

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino boleh menghela nafas lega kerana aksi awal pagi tadi menyaksikan mereka menyempurnakan satu daripada dua peluang besar yang terhidang.

Begitupun, The Blues perlu melupakan khidmat Jackson kerana menjalani penggantungan satu perlawanan. Ini selepas beliau mengutip kad kuning kelima selepas bertelagah dengan pengadil dalam aksi menentang Aston Villa pada minggu lepas.

Advertisements

Ini bermakna sandaran gol Chelsea perlu digalas oleh penyerang muda Armando Broja. Broja bakal berdepan tugas sukar kerana mereka akan turun menentang Fulham pada 3 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram