Chelsea Bakal Hantar Saul Pulang

ChelseaFC
Alif Syazani
@SyazaniAlif
1:05pm 22/12/2021

Pasukan gergasi Eropah, Chelsea FC dikatakan bakal melakukan perpindahan besar pada jendela perpindahan yang akan dibuka pada Januari nanti. Chelsea kini sedang menghadapi krisis kecederaan yang amat membimbangkan.

Jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel dilihat sedang menghadapi masalah dalam menurunkan kesebelasaan utama di bahagian tengah dimana terdapat beberapa pemain utama Chelsea yang sedang bergelut dengan kecederaan serta kes Covid-19 yang tiada titik noktah setakat ini. 

Pemain tengah Chelsea, Saul Niguez antara pemain yang kekal cergas dan boleh mengisi kekosongan di bahagian tengah. Namun, prestasi yang dipamerkan Saul ketika diberi peluang sangat mengecewakan pelbagai pihak terutamanya perminat The Blues. Beliau seringkali menjadi punca utama corak permainan Chelsea kurang memuaskan.

Dalam pada itu, dalam perlawanan sebelum ini menentang pasukan Wolves, Tuchel meletakkan Trevor Chalobah di bahagian tengah dan meletakkan Saul di bangku simpanan. Jelas disitu bahawa Tuchel amat kurang keyakinan untuk meletakkan Saul sebagai pemain utama dalam perlawanan tersebut.

Mengulas lanjut, dalam satu temu ramah di Goal, Tuchel menjelaskan bahawa Saul masih lagi bergelut dengan masalah prestasi dan tidak bermain pada tahap terbaik persembahannya.

“Adakah kamu merasakan Saul berada dalam peranan dan tanggungjawab yang sama seperti yang dia ada di Atletico? Tidak, mungkin belum. Adakah dia bergelut? Ya, dia bergelut,” kata Tuchel kepada Goal.

Jadi tidak hairanlah jika kontrak pinjaman Saul akan ditamatkan dan akan dihantar semula ke Atletico Madrid nanti jika Saul masih tidak mampu untuk mempamerkan persembahan yang terbaik.

Untuk rekod, Saul berjaya melakukan penampilan sebanyak lapan perlawanan bersama skuad the blues termasuk Liga Juara-Juara Eropah.