Chelsea Mahu Ulangi Kesilapan Lama
Eropah
Chelsea FC
Advertisements

Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dilihat seakan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh mereka musim lalu

Menerusi satu ciapan yang dimuatnaik oleh wartawan Itali, Nicolo Schira, Chelsea dilaporkan berminat untuk berurus niaga bersama Brighton and Hove Albion lagi dengan menjadikan jurulatih mereka, Roberto De Zerbi sebagai sasaran.

”Chelsea sedang memantau Roberto De Zerbi untuk musim depan,” tulis Nicolo Schira di laman X.

Advertisements

Beberapa musim sebelum ini, Chelsea dilihat gemar memborong pemain-pemain Brighton seperti Marc Cucurella, Robert Sanchez, Moises Caicedo dan bekas jurulatih, Graham Potter.

Walau bagaimanapun, kehadiran pemain-pemain dan Graham Potter ke kelab London ini dilihat tidak memberikan impak positif yang diharapkan oleh para peminat.

Khabar angin ini dikuatkan lagi dengan laporan daripada wartawan, Rudi Galleti bahawa kedudukan Mauricio Pochettino sebagai jurulatih Chelsea dalam keadaan terancam sekiranya tiada perubahan positif dicapai The Blues.

Advertisements

Jurulatih kelahiran Argentina itu mula membimbing Chelsea sejak awal musim ini dan kini sedang dibelenggu prestasi merosot sehingga terperosot ke kedudukan ke-10 liga dengan 35 mata.

Ditambah pula, dengan kekalahan di final Piala EFL hujung minggu lalu kepada pasukan Liverpool yang tempang tanpa pemain-pemain utama menyebabkan tekanan tinggi kini diletakkan di bahu Pochettino.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram