Chelsea Rancang Beli Portimonense
Dunia
Alamy & Portimonense
Advertisements

Chelsea dilaporkan dalam usaha untuk membeli kelab yang berpangkalan di Liga Portugal, Portimonense.

Pemilik baharu kelab tersebut kini dalam perancangan untuk memgembangkan lagi rangkaian kelabnya.

Menurut laporan oleh Sportsmail awal bulan ini memaklumkan bahawa Todd Boehly, yang merupakan pemilik bersama di Stamford Bridge telah pun mengadakan perbincangan awal dengan ejen terkenal Eropah, Jorge Mendes.

Advertisements

Antara intipati perbincangan tersebut adalah mengenai pembelian pasukan Portugal tersebut pada musim panas.

Warga Amerika itu juga dikatakan berhubung dengan pengurus akademi Chelsea,Neil Bath untuk berbincang mengenai rancangan beliau dan merangka pelan yang sama seperti Manchester City dan juga Red Bull yang memiliki rangkaian kelab di Eropah.

Kelab yang berada pada tangga ke-4 Liga Portugal, Portimonense dilaporkan berada dalam radar beliau dan merasakan bahawa Portugal merupakan destinasi terbaik selain Belgium, Perancis dan juga Brazil.

Advertisements

Malah, mereka juga melihat potensi Portimonense dan menjadi kelab yang paling sesuai bagi mengembangkan rangkaian dengan Chelsea menjadi tunjangnya.

Selain itu, Boehly dan rakan-rakannya turut mengusahakan untuk mengambil alih kelab Brazil, Santos dan juga gergasi Perancis, Sochaux namun usaha tersebut gagal.

Boehly telah pun menggariskan rancangannya untuk membina francais global kelab awal bulan ini dan menjelaskannya pada persidangan SALT di New York.

Advertisements

“Kami telah bercakap tentang ini (model pelbagai kelab) dan saya ingin terus membina rangkaian tersebut,” jelasnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram