Advertising
Chelsea Sudah Temui ‘Mbappe’ Versi Baru
MakanBola
Malamine Efekele
Sponsors

Biarpun berdepan potensi dikenakan hukuman potongan mata seperti Everton, itu tidak menghalang kelab gergasi EPL, Chelsea daripada memburu bintang muda berbakat di Eropah.

Akhbar The Sun melaporkan The Blues kini mensasarkan bintang muda AS Monaco, Malamine Efekele.

Ad

Efekele sudah menjadi tumpuan ramai peninjau bakat kerana berupaya beraksi di bahagian sayap atau sebagai penyerang tengah.

Ad

Atas sebab itu, pemain berusia 19 tahun itu diberi jolokan ‘Kylian Mbappe’ yang seterusnya. Menariknya, Efekele turut dilatih bapa Mbappe, Wilfrid di pusat latihan Perancis di Clairefontaine.

Ad

Disebabkan bakatnya yang makin menonjol, beliau sudah mula berlatih dengan skuad senior Monaco.

Ad

Selain Chelsea, Efekele turut menjadi buruan kelab-kelab dari Sepanyol, Itali dan Jerman. Dengan kontraknya berakhir pada 2025, bakat beliau dijangka menjadi rebutan banyak kelab.

Efekele dilihat mampu menambah ketajaman di bahagian serangan The Blues sekiranya perpindahan itu dapat direalisasikan.

Setakat ini, mereka hanya menjaringkan 21 gol dengan lapan daripadanya dijaringkan dalam dua perlawanan terakhir liga.

Ini sesuatu yang perlu diatasi pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino sekiranya mahu mendaki kedudukan EPL apabila liga bersambung pada penghujung bulan ini.