Advertising
China Berdepan Krisis Besar, Jurulatih & Pemain Tak Sehaluan
MakanBola
China PR National Team

Persiapan China menghadapi Piala Asia 2023 dilanda krisis susulan perselisihan membabitkan jurulatih, Aleksandar Jankovic dan pemain tengah Beijing Guoan, Nico Yennaris.

China Sports Vision 2050 melaporkan Yennaris atau nama lainnya, Li Ke digugurkan oleh Jankovic daripada skuad awal Piala Asia 2023 China atas sebab lewat menghadiri sesi latihan.

Sebelum ini, media China termasuk portal sama melaporkan pemain pertahanan berusia 30 tahun itu dilepaskan atas sebab kecemasan keluarga.

Ad

Susulan itu, pemain tengah Shanghai Port, Xu Xin dipanggil Jankovic untuk menggantikan tempat Yennaris dalam skuad China.

Yennaris telah membuat 12 penampilan untuk China sejak membuat kemunculan pertama di bawah jurulatih Marcello Lippi pada 2019.

Ad
Ad

Perselisihan ini berpotensi membayangi persiapan China ke Piala Asia 2023 di mana mereka diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Qatar, Lubnan dan Tajikistan.

Jankovic berharap isu ini tidak menjejaskan keserasian pemain bila berdepan Oman dalam aksi pemanas badan pra-kejohanan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 29 Disember ini.

China akan membuka kempen Piala Asia 2023 dengan turun menentang Tajikistan pada 13 Januari 2024.