Terkini: Chong Yee Fatt di Rehatkan Perak FC
Liga Super
Photo: KLFA Official (KL City)
Advertisements

Ketua Jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt di rehatkan selama dua minggu oleh Perak FC sebelum keputusan akhir dimuktamatkan kelak.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Arena, Shahril Khalil bakal mengambil alih tugas selaku Ketua Jurulatih Perak FC sementara menunggu keputusan akhir pihak pengurusan dan akan dibantu oleh Shamsul Saad.

Selain dari itu, Perak FC turut memujuk Leandro Dos Santos & Careca agar kekal bersama Perak FC hingga hujung musim ini bagi memberi ruang persatuan menyelesaikan beberapa masalah berbangkit.

Advertisements

Perak FC sebelum ini menerima tamparan hebat selepas beberapa pemain utamanya meninggalkan pasukan sekaligus menggangu perjalanan Perak FC mengharungi baki saingan Liga Super 2021.

Selepas tewas besar 5-0 kepada Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim, Perak FC menerima tekanan hebat dari para penyokong yang sudah hilang sabar dengan apa yang berlaku.

Selepas tempoh rehat 2 minggu ini tamat, pihak pengurusan Perak FC akan memberikan kata putus berkenaan masa depan jurulatih berasal dari Ipoh ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram