Penyokong Perak FC: Manusia Tinggalkan Nama, Bukan Tinggalkan Sampah
MakanBola

Penyokong merupakan tulang belakang bagi sesebuah pasukan. Jika pasukan terjatuh, penyokong juga akan merasai keperitannya. Itulah yang berlaku kepada penyokong Perak FC. Kekalahan besar 5-0 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pastinya sukar untuk ditelan.

Tambah malang lagi, pasukan Perak FC 2 yang beraksi di Liga Perdana juga tewas dengan jaringan yang sama kepada pasukan Negeri Sembilan FC. Jika dikirakan dari segi jumlah bolos Perak FC dan Perak FC 2, mereka sudah dibolosi 10 gol pada malam yang sama.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Perak FC (@peraktbgmy)

Ad

Dalam satu muat naik di laman sosial Facebook Seladang Fan Club, mereka sebagai penyokong mahukan pihak pengurusan bertanggungjawab sepenuhnya di atas prestasi hambar Perak FC sejak kebelakangan ini.

Selain daripada mempertikaikan kewibawaan pasukan kejurulatihan, mereka juga memberi bayangan bahawa penyokong semakin kehilangan minat untuk menyokong pasukan mereka dek kerana prestasi yang boleh dikatakan sangat lesu.

Ad
Ad

Untuk rekod, Perak FC dan Perak FC 2 kini berada di zon penyingkiran selepas menghuni 2 tangga terbawah Liga Super dan Liga Perdana.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my)

Baca luahan hati Kelab Penyokong Seladang yang penuh di bawah :

SELADANG FAN CLUB 3 Penyokong Perak FC: Manusia Tinggalkan Nama, Bukan Tinggalkan Sampah