Bekas pemain Chelsea FC, Christian Pulisic mengingatkan bahawa aksi menentang New Zealand amat sukar.
Kapten pasukan kebangsaan USA itu berdepan All-Whites bagi aksi persahabatan bulan September lalu sambil mengakui pasukan ke-95 dunia itu amat berkualiti.
Katanya, sungguhpun pasukannya sudah melakukan persediaan rapi, mereka tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan yang berada dalam kelompok 100 terbaik dunia.
Aksi yang berlangsung di Stadium TQL, Amerika Syarikat itu menyaksikan pasukan kendalian Darren Bazeley berjaya mengikat USA dengan keputusan 1-1.
“Mereka (New Zealand) adalah lawan yang tidak akan memberikan ruang kepada kami.
“Ia boleh menjadi perlawanan yang sukar jadi kami perlu berada pada tahap terbaik kami esok dan mudah-mudahan, beberapa pemain benar-benar akan meningkat,” jelasnya.
New Zealand berada pada kemuncak prestasi berdepan Harimau Malaya apabila berjaya memenangi 5 daripada 7 perlawanan terakhir sejak Jun 2024.
Malaysia juga dalam momentum cemerlang apabila berjaya muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah menewaskan Lubnan dengan keputusan 1-0.
Aksi antara New Zealand vs Malaysia dijadualkan berlangsung pada 14 Oktober jam 2 petang di Auckland.