Pemain Ulsan Tercengang & Tak Terkata Dengan Aksi Corbin Ong
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain pertahanan kiri pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), La’Vere Corbin Ong menjadi watak penting buat pasukannya apabila mempamerkan aksi kebal dan penuh yakin untuk membantu menewaskan Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1.

Pertahanan tinggi lampai itu turun dalam kesebelasan utama pasukan semula selepas posisinya telah pun diambil alih oleh Syahmi Safari sebelum ini.

Beliau ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila larian-larian derasnya di bahagian kiri padang ternyata membuatkan barisan pertahanan lawan tak senang duduk.

Advertisements

Kelibat Corbin yang membentuk gandingan mantap bersama Fernando Forestieri seringkali berjaya meloloskan diri tatkala perancang tengah berpengalaman, Leandro Velasquez terus menunjukkan kualiti dan kelasnya yang tersendiri.

Dalam perlawanan ini, pemain berusia 31 tahun itu jelas beberapa kali memerangkap barisan serangan lawan yang kelihatan buntu untuk menyelinap masuk dari bahagian kiri padang.

Corbin berjaya melakukan 51 hantaran dengan ketepatan 70.4% secara purata selain 4 hantaran lintang yang hampir-hampir membuahkan hasil.

Advertisements

Bukan itu sahaja, beliau turut memenangi perebutan dan pertarungan bola sebanyak 3 kali dengan 100% perebutan kemenangan bola di udara berjaya dicatatkan.

Pemain kelahiran Barbados ini juga tidak berjaya ditewaskan menerusi ’dribble’ oleh pemain lawan sepanjang keberadaannya sekaligus menjadi pemain paling cemerlang dalam perlawanan ini.

JDT mengakhiri saingan kumpulan I dengan 13 mata selaku juara kumpulan diikuti rapat oleh Kawasaki Frontale dengan 11 mata di tempat kedua.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram