Gerakan Berseni Corbin Ong Kembali Ditagih Menjelang Pertemuan Menentang Ulsan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan I melibatkan pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menetang pasukan Ulsan Hyundai sudah pastinya akan berlangsung dengan cukup sengit.

Kini, kedua-dua pasukan terikat dengan 10 mata dan perlawanan terakhir ini bakal menjadi penentu untuk mara ke peringkat seterusnya.

Oleh itu, Benjamin Mora dilihat bakal mengembalikan semula kesebelasan utama seperti yang diturunkan dalam tiga perlawanan pertama sebelum ini.

Advertisements

Antara watak penting yang dimahukan dalam percaturan ini adalah kelibat La’Vere Corbin Ong yang begitu dominan di bahagian kiri padang.

Kelibat pemain kelahiran Barbados ini amat penting dalam percaturan pasukan yang kini bertindak sebagai ’wing-back’ dalam sistem tiga pertahanan tengah Harimau Selatan.

Bukan itu sahaja, larian-larian deras pemain berusia 31 tahun itu untuk membantu jentera serangan selain gandingan berbisa bersama Fernando Forestieri pastinya ditagih dalam perlawanan terakhir ini.

Advertisements

Kemampuan Corbin yang memiliki kepakaran untuk melakukan hantaran-hantaran lintang yang sangat berkualiti telah membantu pasukan untuk mencipta jaringan dalam pentas tertinggi Asia ini.

Corbin sudah pun mencatat 3 bantuan gol dalam 4 aksi ACL kali ini sekaligus membuktikan kalibernya untuk mencipta peluang dari bahagian sisi padang.

Malah, beliau juga menampilkan kualiti yang sangat baik untuk turun membantu barisan pertahanan dengan menggagalkan usaha-usaha barisan serangan lawan.

Advertisements

Dalam perlawanan terakhir, posisi pertahanan kiri Harimau Selatan diisi oleh Syahmi Safari namun kelibat pertahanan kiri kebangsaan ini amat dirindui.

Beliau dijangka bakal kembali dalam kesebelasan utama pasukan untuk membantu JDT terus mencipta nama di pentas tertinggi itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram