Cristiano Ronaldo Digantung
Asia
Al-Nassr
Advertisements

Penyerang legenda Portugal, Cristiano Ronaldo perlu menjalani penggantungan satu perlawanan.

Ini selepas Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) mendapati bekas penyerang Manchester United itu bersalah kerana menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong lawan selepas tamat perlawanan Al-Nassr dan Al-Shabab.

Akhbar Daily Mail melaporkan Ronaldo berbuat demikian selepas penyokong Al-Shabab melaungkan nama Messi sebagai cara untuk menyakitkan hati legenda Portugal itu.

Advertisements

Insiden tersebut tular di media sosial dengan Ronaldo menerima kecaman daripada ramai pengguna media sosial.

Susulan itu, bekas penyerang Real Madrid itu dikenakan denda 10,000 riyal Arab Saudi (RM12,700).

Selain itu, Ronaldo juga perlu membayar 20,000 riyal Arab Saudi (RM25,400) kepada Al-Shabab bagi meliputi kos aduan yang difailkan.

Advertisements

Jawatankuasa Disiplin SAFF turut memaklumkan hukuman yang dikenakan tidak boleh dikurangkan dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Sebelum ini, Ronaldo turut mengundang kemarahan peminat bola sepak Saudi selepas dilaporkan memegang alat sulitnya selepas tamat perlawanan menentang Al-Hilal pada musim lepas.

Perlawanan itu menyaksikan Al-Nassr tumbang 2-0 di tangan Al-Hilal. Kekalahan itu menyaksikan Ronaldo dan Al-Nassr melupakan hajat mengejar gelaran juara Saudi Pro League musim 2022-2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram