Piers Morgan Dakwa Ronaldo Ingin Sertai Arsenal
EPL
Al-Nassr FC
Advertisements

Sejak berpindah ke Al-Nassr pada tetingkap perpindahan Januari lepas, sudah banyak ura-ura yang mengaitkan Cristiano Ronaldo dengan perpindahan kembali ke Eropah. Terbaru, pengacara terkenal British, Piers Morgan mendakwa rakan baiknya itu menunjukkan minat untuk menyertai Arsenal.

Morgan yang dikenali sebagai peminat tegar Gunners mendedahkan Ronaldo menunjukkan minat kepada perpindahan tersebut tetapi ia gagal direalisasikan. Disebabkan kegagalan berpindah ke kelab Eropah seperti yang dimahukannya, legenda Portugal itu menerima tawaran Al-Nassr pada Disember tahun lepas.

Walaupun ada mendakwa pengacara Piers Morgan Uncensored itu berkhayal tentang Ronaldo, Morgan menegaskan perkara tersebut benar-benar berlaku. “Ejeklah sesuka hati kamu tetapi jika kita mendapatkan Ronaldo selepas beliau meninggalkan (Manchester) United sehingga penghujung musim ini – beliau memang berminat pun – kita akan dapat memenangi liga.

Advertisements

“Beliau tahu cara memenangi kejuaraan utama dan bagaimana menjaringkan gol dalam situasi-situasi penting,” tulisnya di Twitter.

Selain Arsenal, Ronaldo juga turut dikaitkan dengan kepulangan ke Madrid menerusi Real Madrid. Bekas penyerang Manchester United itu dikatakan merindui gaya kehidupan di ibu kota Sepanyol itu selain meraih banyak trofi bersama Los Blancos.

Di sebalik semua khabar angin ini, Ronaldo terus fokus membantu Al-Nassr memburu kejuaraan Saudi Pro League. Al-Alami menikmati kemenangan 2-0 ke atas Al-Ta’ee baru-baru ini dengan penyerang Portugal itu turut menyumbang satu gol menerusi sepakan penalti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram