Advertisement
“Cuma JDT Sahaja” – Jasmir Mehat
Dunia
MakanBola
Kelantan FC

Pemain sayap pasukan Kelantan FC, Jasmir Mehat memberi jawapan balas kepada penyokong yang mendakwa beliau cuba melakukan kekasaran ketika bertemu JDT semalam.

Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan menjadi watak penting buat The Red Warriors sungguhpun mereka tewas dengan keputusan 0-3 di laman sendiri.

Walau bagaimanapun, sebilangan penyokong cuba untuk ‘mencucuk jarum’ terhadap beliau sungguhpun Jasmir telah memberikan yang terbaik.

Pemain berusia 28 tahun ini jelas kurang senang dengan tuduhan yang sewenang-wenangnya dilemparkan terhadapnya.

“Berhenti main bola pergi main muay thai, tak pro langsung, ada bakat tapi mental koyak,” komen Mio Alfat.

“Muay thai apa yang aku keluarkan bro? Cuba tunjuk mana satu? Aku tengok dari tak jumpa ni,” jelas beliau.

Peminat itu turut mengingatkan agar pemain ini kekal tenang ketika beraksi di atas padang.

“Tak payah tunjuk samseng dalam padang nak provokasi bagai, dulu lawan JDT 2 tendang orang, tak pro la bro.”

“Tu jelah level kau. Tak kemana pun main macam tu, dah malas nak cakap orang koyak ni.”

Mereka saling berbalas komen mengenai situasi tersebut sebelum Jasmir menutup perbualan tersebut.

“Cuma JDT sahaja,” jelas Jasmir di ruangan komen.

Kelantan bakal berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim bagi pertemuan dengan dalam usaha memadam defisit yang dimiliki juara Liga Super tersebut.

A09752C6 46BD 4976 AC04 46C68C2143E2 "Cuma JDT Sahaja" - Jasmir Mehat