Advertisement
Danial Amier Lakukan Latihan Intensif Menjelang Musim 2023
Dunia
MakanBola
DanialAmier21

Pemain tengah berbakat Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Daniel Amier ambil inisiatif sendiri melakukan latihan tambahan ketika musim rehat panjang.

Selepas menamatkan musim cemerlang bersama JDT bagi tahun 2022, Danial Amier ambil kesempatan untuk terus konsisten berlatih dalam mengekalkan stamina.

Menerusi tinjauan di laman Instagram Story ketua jurulatih Klasiko FC iaitu Amir Safuan, Daniel dilihat kerap turun ke padang latihan KV Rhino Arena, Shah Alam untuk menjalani latihan intensif disana.

Kesungguhan pemain berusia 25 tahun ini turut diperakui Amir Safuan. Amir Safuan yang juga pelatih akar umbi di Akademi Klasiko berpendapat Daniel adalah seorang pemain yang memiliki semangat dan kesungguhan tinggi untuk mempertingkatkan prestasi.

“Daniel Amir berlatih seminggu tiga kali. Sudah menjadi rutin untuk dia bila masuk off season, dia akan prepare untuk kekalkan tenaga serta teknik dari segi mental dan fizikal sebelum musim baru bermula.”

“Latihan ini kita banyak fokuskan kepada posisinya iaitu bahagian tengah. Specific position drill for midfielder involving awareness, first touch, passing (breaking line) dan sebagainya.”

Amir Safuan dalam pada itu menjelaskan bahawa Danial sentiasa berikan komitmen yang tinggi ketika sesi latihan dijalankan. Beliau bangga dengan karakter dan perwatakan yang dibawa Danial.

“Apa yang bagusnya tentang Danial ini, dia seorang pemain yang rajin. Sentiasa bersungguh untuk pertingkatkan kualiti. Saya boleh nampak kesungguhan dia semasa berlatih. Seorang pemain yang tak pernah rasa selesa dan sentiasa mahukan yang terbaik.”

“Dia beri 100% ketika sesi latihan. Disiplin Daniel Amier memang menunjukkan dia seorang pemain yang luar biasa. Mentaliti juara bermula dari semua ni. Bagi saya, karakter dan kesungguhan menjadikan beliau seorang yang berjaya,” ujar Amir Safuan ketika ditemubual MakanBola.

Inisiatif yang diambil Danial Amier ini wajar sekali dipuji. Beliau dilihat sudah bersedia untuk merebut tempat dalam skuad JDT bagi saingan musim depan.