Leicester City FC pernah mencipta salah satu kejutan terbesar dalam sejarah bola sepak moden apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2015/16 di bawah kendalian pengurus berpengalaman Itali, Claudio Ranieri, satu pencapaian dijadikan sebagai kisah “underdog” paling luar biasa dalam sejarah Liga Perdana Inggeris itu sendiri. Dalam kira-kira sepuluh tahun selepas itu, kelab tersebut mengalami masalah untuk bersaing di pentas tertinggi England yang menggambarkan transformasi dramatik daripada juara liga nombor satu England kepada pasukan yang bergelut di divisyen bawahan.
Struktur skuad mula runtuh apabila nama-nama besar seperti N’Golo Kanté dan Riyad Mahrez meninggalkan pasukan tersebut. Menurut analisis ESPN, kegagalan kelab untuk menggantikan pemain bintang dengan profil yang setara menjadi titik awal ketidakseimbangan prestasi pasukan Leicester City. Walaupun Leicester masih mampu mencipta kejayaan seperti menjuarai FA Cup Final 2021, prestasi pasukan tersebut semakin terumbang-ambing dari musim ke musim.
Situasi menjadi lebih serius apabila Leicester City tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris pada musim 2022/23 menurut BBC Sport, dan kini mereka menghadapi masa yang sukar dalam Liga Kejuaraan Inggeris (EFL), menurut ESPN, adalah jauh lebih sukar dan lebih kompetitif, menjadikan proses kembali ke Premier League Liga Perdana lebih sukar daripada yang kita fikirkan.
Kemudian, satu lagi fasa kritikal baru-baru ini terjadi dalam kisah kejatuhan Leicester City. Menurut laporan BBC Sport, Leicester City telah disahkan tersingkir ke Liga Satu EFL selepas keputusan seri 2-2 menentang Hull City pada April 2026, sekali gus menggambarkan kejatuhan dramatik mereka hanya sedekad selepas mereka menjuarai EPL. Ia juga merupakan kali kedua berturut-turut mereka tersingkir, dengan kelab jatuh ke divisyen ketiga, di tengah-tengah tekanan kewangan serta protes penyokong terhadap pemilikan kelab.
Di luar padang, tekanan turut tertumpu kepada pemilik kelab, Aiyawatt Srivaddhanaprabha, yang mewarisi kepimpinan selepas era bapa beliau, Vichai Srivaddhanaprabha. The Guardian dan media sukan lain melaporkan bahawa penyokong mula meragui dan mempersoal struktur pengurusan dan keputusan pelaburan kelab, terutamanya selepas pasukan itu mengalami dua penyingkiran berturut-turut, yang nampaknya menunjukkan isu dalaman yang sudah berjangka panjang.
Senario ini turut memberi kesan besar kepada pemain utama. Nama-nama seperti Patson Daka, Abdul Fatawu Issahaku dan Stephy Mavididi kini berada dalam keadaan tidak menentu, dengan spekulasi perpindahan semakin kuat jika kelab gagal menstabilkan keadaan. Dalam banyak kes kelab yang mengalami relegation, biasanya pemain berkualiti seperti mereka terpaksa dijual untuk menstabilkan kewangan. Ironinya, situasi ini seakan-akan serupa dengan era kejatuhan pasukan Juventus yang diturunkan ke Serie B pada tahun 2006 akibat skandal Calciopoli yang melibat ramai pemain bintang utama meninggalkan kelab tersebut.
Dalam erti kata yang lebih luas, ESPN dan BBC melaporkan bahawa kejatuhan kelab bukan hanya tentang cara mereka bermain di atas padang, tetapi juga menunjukkan kegagalan strukturpengurusan, perancangan untuk pasukan, dan memastikan kewangan mereka stabil . Peralihan daripada juara EPL kepada kelab divisyen ketiga dalam tempoh singkat menjadikan Leicester City sebagai salah satu kajian kes paling ekstrem dalam bola sepak moden.
Akhirnya, kejayaan Leicester City pada tahun 2016 menunjukkan bahawa walaupun dengan kemenangan besar dalam bola sepak hari ini, ia tidak bermakna keadaan akan kekal stabil pada masa hadapan BBC Sport sering mengatakan ia bukan tentang mencapai puncak, tetapi tentang bertahan apabila keadaan berubah, dan Leicester City menunjukkan betapa pantas dunia bola sepak boleh terbalik