Darren Lok Dilamar Beberapa Kelab Liga Super
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Masa depan penyerang sensasi Petaling Jaya City FC, Darren Lok kini tidak lagi menjadi tanda tanya.

Pemain yang dibawa masuk daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kira-kira dua musim lalu menjadi tunjang utama pasukan di barisan serangan.

Darren yang juga pemain kelahiran England-Malaysia menjadi pilihan utama oleh ketua jurulatih, P.Maniam dan menjadi penjaring tempatan terbanyak ketika ini.

Advertisements

Hasilnya, beliau terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan ketika kelayakan Piala Asia tempoh hari untuk mengetuai jentera serangan Harimau Malaya.

Menerusi satu kenyataan oleh wartawan terkemuka, Zulhelmi Zainal Azam, ada cubaan daripada beberapa kelab di Liga Super untuk membawa masuk penyerang berusia 31 tahun ini.

“Perkembangan Darren Lok pula sebenarnya beliau ada menerima lamaran daripada beberapa kelab ketika ini.”

Advertisements

“Ada pasukan berstatus besar dan ada juga pasukan biasa tetapi semuanya beraksi di Liga Super.”

Walau bagaimanapun, beliau dijangka tidak akan menyertai kelab besar tetapi memilih untuk mencari kelab yang boleh memberikannya minit permainan yang mencukupi.

Tambah Zulhelmi, beberapa kelab sudah pun mula menunjukkan minat untuk membawa masuk Darren namun masih tiada sebarang keputusan daripada pemain tersebut.

Advertisements

Zulhelmi juga tidak mendedahkan identiti kelab yang mahukan khidmat pemain ini ketika sesi Live Tiktoknya.

Kontrak Darren Lok hanya berbaki beberapa bulan sahaja dan beliau masih mempunyai pilihan sama ada untuk kekal bersama PJ City atau membawa haluan baru bersama pasukan lain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram