Darren Lok Julang Sabah & Malaysia Di Asia
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Penyerang Sabah FC, Darren Lok terus mengharumkan nama Sabah dan Malaysia dalam saingan Piala AFC.

Selepas tamat kempen peringkat kumpulan, Darren kini berkongsi tempat ketiga penjaring terbanyak Piala AFC dengan penyerang Chao Pak Kei, Niki Torrao dengan enam gol.

Ini berdasarkan kedudukan terkini penjaring gol Piala AFC yang dikongsikan pentadbir akaun X Piala AFC baru-baru ini.

Advertisements

Penyerang Central Coast Mariners dari Brazil, Marco Tulio menerajui carta penjaring terbanyak dengan lapan gol.

Sementara penyerang import Jepun yang mewakili Phnom Penh Crown, Shintaro Shimazu berada di tempat kedua dengan tujuh gol.

Ini satu pencapaian membanggakan disebabkan keupayaan Darren bersaing dengan penyerang-penyerang ini dalam carta penjaring gol terbanyak Piala AFC.

Advertisements

Dengan separuh akhir peringkat zon bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan, bekas penyerang PJ City FC itu mampu menambah koleksi gol bersama skuad Badak.

Darren menamatkan musim 2023 dengan mengumpul 12 gol daripada 27 perlawanan termasuk Piala AFC.

Ini juga merupakan berita baik buat Harimau Malaya kerana Darren berada pada tahap terbaik untuk mengetuai jentera serangan skuad negara ke Piala Asia 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram