Darren Lok Pintas Dua Peledak Kelab Australia
AFC Cup
AFC Cup
Advertisements

Penyerang Sabah FC, Darren Lok sungguh berbisa di pentas Asia sehingga berjaya memintas dua peledak gol dari saingan A-League!

Ini dibuktikan menerusi kedudukan terkini penjaring gol terbanyak Piala AFC musim 2023-2024. Shintaro Shimazu menerajui carta tersebut dengan tujuh gol untuk Phnom Penh Crown.

Menariknya, Darren berkongsi kedudukan kedua dengan penyerang Central Coast Mariners, Marco Tulio dengan enam gol.

Advertisements

Malah, penyerang berusia 32 tahun itu turut mengatasi peledak Perancis yang mewakili Macarthur, Valere Germain.

Statistik ini membuktikan bukan mudah untuk menjaringkan gol di pentas Asia terutama dalam saingan Piala AFC.

Statistik sama turut membuktikan mengapa sengat Darren sentiasa ditagih Datuk Ong Kim Swee dan Kim Pan-gon untuk menerajui bahagian serangan Sabah dan Harimau Malaya.

Advertisements

Dengan baki satu perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC, bekas penyerang PJ City FC itu berpeluang memintas Shimazu untuk menerajui carta gol kejohanan.

Darren kini sudah menjaringkan 13 gol dalam semua kejohanan untuk Sabah termasuk saingan Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram