Ads
Dunia
Khairul / makanbola

Penyerang utama Harimau Malaya, Darren Lok mendedahkan peranan khas yang diberikan oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon yang membawa kepada kejayaan Malaysia ke Piala Asia.

Advertisements

Pemain berusia 31 tahun itu menjadi pilihan utama jurulatih kelahiran Korea Selatan itu apabila tampil dalam dua daripada tiga perlawanan dalam pusingan kelayakan itu.

Advertisements

Beliau jelas berpuas hati dengan peluang yang diberikan apabila mendapat pujian para peminat yang berpuas hati dengan aksi yang ditampilkannya.

Advertisements

Advertisements

Mengulas lanjut, dalam satu temubual bersama Bola Itu Life, Darren akui usaha keras beliau telah menambat hati pengendali kelahiran Korea Selatan itu untuk menurunkannya dalam aksi penting itu.

“Saya akui kerja keras saya telah menambat hati beliau (Kim Pan-gon).”

Advertisements

“Beliau juga sering melihat saya beraksi bersama PJ City dan yakin saya mampu beraksi dengan baik dalam taktikalnya.”

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) ini juga menerima peranan khas untuk menekan lawan sejak awal permainan sehingga menyaksikan pasukan lawan gagal untuk menemui rentak pada awal permainan.

“Saya akan memulakan tekanan terhadap barisan pertahanan lawan.”

“Maka rakan-rakan pun akan turut bersama meningkatkan tempo permainan dan memerangkap lawan,” jelasnya dalam temubual tersebut.

Beliau turut berpuas hati dengan persembahan Harimau Malaya dalam kesemua aksi sungguhpun akui sedikit terkilan kerana tidak dapat mencipta kemenangan menentang Bahrain tempoh hari.

Advertisements

Darren telah menjaringkan satu gol ketika membelasah Bangladesh 4-1 dan menjaringkan 5 gol dalam saingan Liga Super musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram