Darren Lok Rungkai Keistimewaan Romel Morales Bersama Harimau Malaya
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang pasukan Malaysia, Darren Lok memiliki pandangan tersendiri tentang kehadiran Romel Morales bersama Harimau Malaya.

Pemain kelahiran Colombia itu dipanggil kali pertama bersama skuad kebangsaan pada aksi Piala Asia 2023 tempoh hari.

Beliau tidak menunggu lama untuk mencipta impak apabila beraksi cemerlang termasuklah menjaringkan satu gol ketika bertemu Korea Selatan.

Advertisements

Menerusi satu temu bual di Wisma FAM, penyerang Sabah FC itu menganggap kehadiran Romel Morales yang kini merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) amat positif buat pasukan.

Katanya, pemain tinggi lampai itu memiliki kelebihan tersendiri untuk membawa impak yang cukup besar buat skuad negara.

“Romel merupakan pemain yang amat baik. Beliau menunjukkan kemampuannya ketika bertemu Korea Selatan menerusi gol lewat permainan.”

Advertisements

“Beliau tidak memerlukan peluang yang banyak untuk menjaringkan gol. Saya yakin semakin banyak panggilan bersama Harimau Malaya, beliau semakin faham corak permainan skuad kebangsaan.”

Darren juga yakin masa depan Romel bersama Malaysia amat cerah.

“Romel memiliki masa depan cerah bersama Harimau Malaya,” ujarnya ketika ditemui.

Advertisements

Beliau juga optimis persediaan dua minggu bersama ketua jurulatih, Kim Pan-gon dapat mengembalikan semula rentak permainan sebenar dengan aksi menentang Nepal pada 15 Mac 2024 sedikit sebanyak membantu persiapan Malaysia.

Skuad negara akan bertemu Oman pada 22 dan 26 Mac 2024 dalam misi untuk mencuri mata daripada pasukan ke-80 dunia itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram