Darren Lok: Sukar, Tapi Sabah Tidak Mudah Menyerah
AFC Cup
AFC Cup
Advertisements

Penyerang Sabah FC, Darren Lok memuji semangat juang yang ditampilkan rakan-rakan sepasukannya semasa mengalahkan Hougang United 3-1 hari ini.

Biarpun meraih kelebihan 2-0 pada separuh masa pertama, The Cheetahs berjaya merapatkan kedudukan menerusi penyerang Jepun, Kazuma Takayama pada babak kedua.

Darren memastikan kemenangan milik skuad Badak dengan gol ketiga pada minit ke-62. Biarpun mengakui sukar bermain dalam cuaca hujan ditambah dengan tentangan Hougang, itu bukan halangan untuk mereka meraih kemenangan.

Advertisements

“Saya fikir sebagai satu pasukan, kita berjaya menyempurnakan tugas dalam keadaan yang sukar. Amat bagus meraih tiga mata untuk perlawanan pertama (Piala) AFC.

“Kita akan mengharungi perlawanan kedua (kumpulan) dengan lebih yakin,” katanya dalam temubual selepas perlawanan hari ini.

Advertisements

Dua gol yang dijaringkan beliau malam ini merupakan gol kesembilannya dalam semua kejohanan untuk musim 2023.

Justeru, bisa penyudah Darren dijangka ditagih Datuk Ong Kim Swee untuk membantu Sabah layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Advertisements

Begitupun, mereka perlu mengatasi Perak FC dalam aksi suku akhir kedua kejohanan itu pada 25 September ini selepas terikat seri 2-2 pada suku akhir pertama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram