Penyerang Sabah FC, Darren Lok menambah senarai kecederaan pemain Harimau Malaya menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal mengharungi dua aksi terakhir kumpulan setelah tunduk dua kali di tangan pasukan ke-77 dunia, Oman.
Pasukan kebangsaan telah menampilkan 26 pemain dengan beberapa muka baharu mendapat tempat buat kali pertama.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun terhimpit dengan senarai kecederaan selepas kehilangan pemain seperti Arif Aiman dan Faisal Halim.
Keadaan bertambah buruk apabila baru-baru ini, Syafiq Ahmad pula diusung keluar ketika menentang Perak di Darul Aman.
Perkhabaran terbaru menyaksikan Darren Lok pula berada dalam situasi tidak menentu selepas mengerang kesakitan ketika membantu Sabah untuk menewaskan Kuching City.
Beliau digantikan dengan rakan sepasukan, Jafri Firdaus selain difahamkan mengalami kecederaan hamstring.
Skuad kebangsaan akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.
Perlawanan keenam pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.