Advertisements
Darren Lok Tekad Pacu Jentera Serangan PJ City Musim Hadapan
Dunia
MakanBola
pjcityfc

Penyerang PJ City, Darren Lok, menyatakan kegembiraanya untuk terus kekal bersama skuad kendalian P.Maniam pada musim hadapan. Beliau akui bersyukur kerana sentiasa diberi kepercayaan untuk beraksi walaupun musim ini sering kali dibelenggu masalah kecederaan.

Sebelum ini, bekas penyerang JDT itu disisihkan dalam skuad kebanggsaan bagi saingan Piala AFF Suzuki oleh kerana mengalami kecederaan di otot perut dan turut terlepas sebanyak 13 perlawanan dalam saingan Liga Super disebabkan kecederaan fibula.

“Saya pilih untuk terus kekal dengan PJ City kerana kelab ini telah menjadi tempat yang cukup baik untuk saya dan bersyukur apabila sentiasa mendapat peluang untuk diturunkan baik sebelum cedera dan selepas pulih.

Tambah Darren, beliau dan rakan sepasukannya yakin sudah memberikan yang terbaik buat PJ City musim lepas dan tekad untuk membuktikan bahawa pasukan yang dibarisi pemain tempatan juga mampu beraksi cemerlang pada musim hadapan.

“Kami melakukan tugas yang baik pada musim ini dan saya percaya kami akan terus berjuang untuk membuktikan pasukan ini akan terus cemerlang pada musim depan”, kata Darren Lok kepada MFL.

Untuk rekod, Darren berjaya membuat penampilan sebanyak 12 perlawanan dan berjaya menjaringkan enam gol di pentas Liga Super dan TM Piala Malaysia musim ini.