Darren Lok Teruja Dapat Banggakan Nama Malaysia Di Asia
AFC Cup
AFC Cup
Advertisements

Penyerang Sabah FC, Darren Lok berbangga dapat mengharumkan nama Malaysia setelah membantu Sabah mencatatkan kemenangan ke atas Hougang United sekaligus melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Menurut laporan Astro Arena, pemain berusia 32 tahun itu berkata ianya satu pencapaian bermakna untuk layak ke peringkat seterusnya walaupun mempunyai satu perlawanan lagi yang harus ditempuh dan berharap mereka dapat memberikan yang terbaik untuk Sabah FC dan Malaysia.

“Ia merupakan satu pencapaian yang tinggi buat Sabah. Layak ke peringkat seterusnya dengan berbaik satu perlawanan. Sesuatu yang baik dan kami berharap untuk terus mempamerkan permainan yang terbaik untuk Sabah dan terus mengharumkan nama negara,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Advertisements

Penyerang yang menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti dalam perlawanan tersebut juga memberikan pujian kepada rakan sepasukan yang sentiasa menghasilkan peluang-peluang dan menyempurnakannya untuk membantu pasukan meraih kemenangan.

“Apabila pasukan bermain dengan baik, peluang akan sentiasa datang dan sebagai pemain amat penting untuk menyempurnakan setiap peluang dan gol-gol yang terhasil amat penting buat pasukan,” ujar beliau.

Dengan kemenangan selesa 4-1 ke atas Hougang United ini, Sabah FC sudah mengesahkan kedudukan mereka ke separuh akhir Piala AFC zon ASEAN selaku juara kumpulan H setelah mengumpul dua belas mata dari lima perlawanan.

Advertisements

Sabah akan turun menentang wakil Indonesia, PSM Makassar di Kota Kinabalu pada 14 Disember untuk melengkapkan jadual peringkat kumpulan Piala AFC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram