Dato’ Seri Vida Janjikan Pusat Latihan Baru & Kemasukan Import Berkualiti Segera Untuk Kelantan FC
Liga Super
SF Edit
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida (DSV) memaklumkan masih belum menerima maklum balas dari pihak pengurusan Kelantan berkaitan perbincangan lanjut pengambilalihan Kelantan FC.

Menurutnya, pihaknya masih menunggu maklum balas dan beliau serius dalam bab ini demi kelangsungan bola sepak Kelantan.

“Buat masa ini, saya masih lagi menunggu maklum balas dari pihak Norizam. Saya serius untuk membangunkan bolasepak Kelantan melalui pemilikan TRW Kelantan FC.

Advertisements

“Saya telah pun merangka pelan untuk menyelamatkan pasukan bolasepak TRW Kelantan FC. Pelan ini adalah pelan realistik yang saya boleh laksanakan sebaik saja saya mengambilalih,” jelas Dato’ Seri Vida ketika dihubungi MakanBola.

Beliau turut menjelaskan telahpun merangka pelan yang rapi sebagai persediaan sekiranya proses pengambilalihan berjalan dengan baik.

“Selepas berbincang dengan pasukan pengurusan saya, kami ada 6 perancangan yang akan dilaksanakan sekiranya pemilikan ini berjaya.

Advertisements

“Yang pertama; bawa masuk pemain-pemain import bertaraf bintang. Pelaburan segera akan dibuat untuk membawa masuk pemain-pemain import bertaraf bintang bagi menguatkan pasukan pada transfer window bulan ini agar dapat mengeluarkan Kelantan FC dari tangga tercorot.

“Kedua; selesaikan masalah tunggakan. Segala masalah tunggakan gaji, kwsp, bonus-bonus sebelum ini akan saya selesaikan serta merta.

“Ketiga; kebajikan pemain akan terjaga. Tiada lagi masalah tunggakan gaji dengan pelan pembangunan TRW yang saya bakal perkenalkan.

Advertisements

“Seterusnya; bina padang latihan. Saya akan gunakan pengaruh saya sebagai anak jati Kelantan bagi membangunkan pusat latihan khas untuk TRW pada tahun 2024. Saya juga sudah mempunyai tanah di Kelantan untuk dibangunkan bagi tujuan pembangunan bolasepak Kelantan.

“Kelima; pembangunan akademi bolasepak akar umbi Kelantan akan dibangunkan. Negeri kelahiran saya ini mempunyai banyak bakat-bakat muda yang boleh digilap untuk diketengahkan ke peringkat Nasional.

“Dan yang terakhir; meningkatkan kualiti rumput di padang stadium utama. Saya akan berkerjasama dengan pihak pengurusan stadium Negeri bagi memastikan kualiti rumput di stadium negeri dinaiktaraf bagi memastikan kualiti permainan TRW Kelantan FC dapat ditingkatkan.

Advertisements

“Ini adalah pelan rancangan segera saya sebaik saja saya mengambilalih TRW Kelantan FC,” jelasnya kepada MakanBola.

Sementara itu, berdasarkan temu ramah pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman bersama wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, beliau menjelaskan masih mampu mengendalikan pasukan Kelantan FC.

“Kita tidak ada apa-apa bebanan, cumanya kita nak pastikan kelab ini lebih ke depan, lebih maju dan sebagainya. Jadi, saya rasa boleh kendalikan kelab ini sebenarnya.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram